Friday, November 13, 2009

SUTERA KASIH

In-Team

Sutera Kasih

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

Wednesday, October 28, 2009

wanita

ada sepuluh wanita suci yang dijanjikan masuk syurga..siapakah mereka??

mereka adalah wanita-wanita yang menampilkan sifat-sifat dan akhlak yang amat terpuji..antara lain..sungguh2 dalam beribadah, tulus dalam melayani suami, ikhlas dalam beramal, mengorbankan jiwa raga hanya untuk Allah, dermawan, kasih pada yang lemah dan menderita..

Tuesday, July 7, 2009

Tip Tangani PMS!

Menstruasi tidak selesa boleh disebabkn oleh pelbagai faktor. Ada kemungkinan pjalanan darah di dlm rahim kurang baik akibat olahraga dan gangguan hormon yg xseimbang. Mengikut penyelidikan yg dibuat, diet terlalu ketat juga boleh mengganggu hormon, misalnya kamu melakukan diet kurang lemak. Hakikatnya lemak tetap diperlukan untuk hormon tubuh. Untuk mgurangkan gejala2 PMS, cuba langkah berikut:

~banyakkn mkn wholegrain, buah, sayur dan air kosong
~kurangkan mkanan ringan dan masin utk mcegah kembung dan kekurangan air
~kurangkan kafein krn kafein boleh mnyebabkn PMS lagi menderita
~sapukan minyak pd bahagian yg sakit utk mngurangkn rse xselesa

Tuesday, June 30, 2009

Kisah Neraka Jahannam..

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras." Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Tuesday, March 31, 2009

JENIS-JENIS KANSER YG MENYERANG WANITA

PENGURANGAN risiko kanser boleh dilakukan dengan mengubah gaya dan tatacara kehidupan.Perhatian perlu diberi pada keadaan badan, perasaan tahap kesihatan diri dan juga bentuk serta rupa struktur badan. Ujian saringan juga perlu ditekankan bagi mengesan kanser dengan lebih awal.

Sel-sel normal yang membina tisu badan mengalami tumbesaran, membahagi serta penggantian secara teratur dan tenteram. Kadangkala sel-sel tua yang sepatutnya digantikan, masih meneruskan tumbesarannya. Pertumbuhan ini mungkin tidak teratur dan bercelaru, akhirnya mereka menjadi luar kawalan dan seterusnya bertukar pada ketumbuhan yang ganas (malignan) ataupun yang tidak ganas (benign).

Ketumbuhan yang tidak ganas (benign) tidak merebak ke bahagian lain dan lazimnya tidak membimbangkan. Pembedahan terpaksa dilakukan jika saiz ketumbuhan terlalu besar dan memberi tekanan kepada organ-organ berhampirannya.Ketumbuhan yang ganas pula (malignan), akan menakluk, merosakkan dan merebak pada organ-organ berhampiran dan juga organ yang jauh serta boleh menyebabkan ketumbuhan baru di tempat lain.

Faktor keturunan (kehadiran gen-gen tertentu) juga boleh menyebabkan ketumbuhan berlaku selain pendedahan kepada sinar-sinar tertentu, bahan kimia, virus dan bermacam jenis faktor persekitaran lain.Jenis-jenis kanser bergantung pada bahagian anatomi badan yang terlibat seperti paru-paru, payudara, kulit, ovari, rahim, pangkal rahim, faraj, vulva, usus besar dan rektum.Semua penyakit boleh dicegah atau dirawat sekiranya pengesanan dapat dilakukan pada peringkat awal.

Lazimnya terdapat tanda-tanda awal yang harus diamati dan diperhatikan. Juga sebagai satu bentuk pencegahan, golongan wanita dinasihatkan supaya menjalani penyaringan secara berkala untuk mengenal pasti kanser di peringkat awal.

Petanda awal

Di antara petanda-petanda awal kanser pada bahagian badan berkenaan adalah perubahan pada tabiat kebiasaan pundi kencing dan juga usus besar.

Selain itu, luka-luka yang tidak sembuh, pendarahan ataupun discaj yang tidak pernah dialami, penebalan ataupun tongkol-tongkol pada payudara ataupun bahagian kulit yang lain serta perubahan pada tahi lalat atau mana-mana tompok kulit juga mungkin menjadi petanda awal kanser tertentu.

Pesakit juga perlu peka untuk ujian masalah kesusahan menelan serta keabnormalan pencernaan makanan atau minuman selain batuk yang tidak hilang dan juga perubahan pada suara.

Perlu diingat bahawa ini bukanlah petanda mutlak kanser tetapi hanya kehadiran gejala berkenaan sepatutnya dirujuk kepada doktor.

Kesakitan biasanya bukan tanda-tanda awal kanser. Walau bagaimanapun, jangan ditunggu sehingga kesakitan menjelma, barulah rujukan mahu dibuat kerana ketika itu mungkin sudah terlambat.

Kanser paru-paru

Majoriti pesakit mendapat kanser paru-paru dari aktiviti merokok. Wanita yang merokok mempunyai risiko 12 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.Walaupun jika anda bukan perokok, tapi menyedut asap rokok secara pasif juga dapat menambahkan risiko kanser paru-paru.

Lazimnya tanda-tanda kanser paru-paru hanya jelas kelihatan apabila penyakit tersebut sudah pun di peringkat yang teruk.Pesakit pada kebiasaannya mengalami batuk yang tidak sembuh-sembuh, kahak bercampur darah, sakit dada, berbunyi apabila menghembus nafas (wheezing), stamina pernafasan yang cetek serta keserakan suara.

Selain itu, penghidap kanser jenis ini juga mengalami episod berulang-ulang penyakit pneumonia dan juga bronkitis, kurang selera makan serta jatuh berat badan dan selalu mendapat demam.Untuk mengelak kanser paru-paru, jangan mulakan merokok serta jauhkan diri dari asap rokok. Untuk mereka yang sudah pun mula merokok, carilah pertolongan supaya dapat membuang tabiat tersebut.

Kanser payudara

Kanser ini adalah antara penyebab kematian utama di kalangan wanita. Kebarangkalian untuk seorang wanita mendapat kanser ini pula adalah satu dalam lapan (1:8). Di antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser jenis ini termasuk peningkatan umur, sejarah keluarga dengan kanser payudara (terutamanya di sebelah ibu atau saudara perempuan) serta pembawa gen genetik abnormal BCRA1 dan BCRA2.

Selain itu, penggunaan hormon gantian tanpa pengawasan doktor, pendedahan kepada radiasi serta sejarah menghidap kanser payudara juga meningkat risiko anda.
Penyusuan badan, pengurangan berat badan serta bersenam dapat mengurangkan risiko kanser ini. Seperti juga mana-mana kanser lain, pengesanan awal dapat mencegah dan mungkin menyembuhkan dengan rawatan awal.

Di antara perubahan awal yang perlu diperhatikan termasuk pembengkakan, tonjolan, kekerasan, penebalan dan juga pengecutan kulit pada payudara. Kerengsaan pada kulit payudara serta puting yang tenggelam ke dalam, bersisik, berdarah, mengalami discaj, sakit serta tidak selesa perlu disiasat untuk kemungkinan kanser.

Anda dinasihatkan supaya menjalani ujian mammografi sekurang-kurangnya setahun sekali terutamanya sekiranya sudah menjangkau umur 50 tahun. Selain itu, anda juga harus proaktif dalam memeriksa payudara sendiri kerana diri sendiri lebih tahu perubahan awal badan.

Kanser usus dan rektum (kanser kolorektal)

Kanser kolorektal ini perlahan tumbesarannya dan pada kebiasaannya bermula dengan polip di usus sebelum menjadi kanser. Anda dikategorikan sebagai berisiko sekiranya mempunyai waris terdekat (ibu, ayah, adik-beradik) dengan polip atau kanser kolorektal semasa berumur kurang dari 60 tahun, mempunyai penyakit yang melibatkan usus atau diri sendiri mempunyai polip di usus.

Lazimnya kanser kolorektal tidak mempunyai apa-apa petanda peringkat awal, tetapi selalunya didiagnosis pada peringkat lewat. Antara petanda kanser jenis ini adalah perubahan dari kebiasaan tabiat usus, pendarahan dari rektum, darah di dalam najis ataupun najis berwarna hitam, najis menjadi panjang dan bergaris pusat kecil serta ketidakselesaan abdomen (kembung, kejang dan sering kentut atau sedawa).

Selain itu, selera makan juga menurun, rasa lemah serta letih tanpa sebab juga mungkin menjadi petanda kanser kolorektal yang akan memerlukan pemeriksaan lanjutan.
Bagi mereka yang telah melangkau umur 50 tahun, anda boleh menjalani ujian saringan seperti ujian darah di dalam najis setahun sekali, ujian sigmoidoskopi fleksibel setiap 5 tahun, ujian barium enema berkontras setiap 5 tahun serta ujian kolonoskopi setiap 10 tahun.

Walau bagaimanapun, ini bergantung pada faktor berlakunya kanser kolorektal setempat. Sekiranya statistik kejadian kanser kolorektal di tempat anda tinggi, makan anda juga berisiko dan lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga.

Kanser kulit

Walaupun sebagai orang asia kulit kita lebih berpigmen, anda juga berkemungkinan boleh terkena kanser kulit.

Jenis-jenis kanser kulit termasuk jenis sel basal (kulit nampak seperti lilin, pucat warnanya, mungkin timbul seperti mutiara dan kadangkala tompok bersisik), jenis sel skuamos (kehadirannya juga menyerupai sel basal) atau jenis melanoma (seperti tahi lalat, hanya membesar dengan perimeter tidak sekata, bertambah hitam dan senang berdarah).

Terdapat beberapa tanda pada kulit yang boleh diperhatikan seperti perubahan pada saiz tahi lalat, bersisik, berdarah dan juga seakan melecur. Selain itu, perhatikan juga perubahan pada warna dan juga kehadiran tompok-tompok pada kulit, kegatalan, kesakitan dan juga ketidakselesaan pada biji-biji ataupun tahi lalat serta kudis yang tidak sembuh.

Pastikan yang anda juga memeriksa pada semua tempat sama ada yang terdedah atau terlindung daripada cahaya matahari.

Kanser ovari

Risiko untuk mendapat kanser telur adalah kecil, tetapi kebarangkaliannya meningkat dengan peningkatan usia terutamanya selepas melangkau usia 60 tahun. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser jenis ini termasuklah kemandulan, makanan kaya dengan lemak, sejarah kanser usus dan payudara, endometriosis serta pembawa gen abnormal BRCA1 dan BRCA2.

Mereka yang kurang risikonya termasuklah mereka yang mengambil pil perancang keluarga, pernah melahirkan anak walaupun sekali dan mereka yang pernah menyusu badan.

Kanser ovari, bila dikesan, mungkin sudah pun terlambat. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjutan seperti ultrasound memandangkan tidak ada ujian saringan khas untuk kanser ini.

Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami ketidakselesaan di kawasan pinggul, kembung, sendawa, bergas, kesukaran pencernaan yang tidak dapat dijelaskan, pendarahan abnormal melalui faraj serta pembengkakan abdomen.

Kanser rahim

Risiko kanser rahim meningkat selepas umur 55 tahun, terutamanya mereka di dalam julat di antara 60 hingga 75 tahun dan jarang berlaku di kalangan mereka di bawah 40 tahun.

Mereka yang menggunakan pil perancang keluarga juga mempunyai risiko yang rendah.
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser rahim termasuklah penggunaan hormon gantian estrogen sahaja (tanpa progesteron), tidak pernah melahirkan anak, putus haid selepas umur 52 tahun, lebih berat badan, darah tinggi, kencing manis serta penyakit lain seperti masalah tiroid dan hempedu.

Penggunaan ubat Tamoxifen, Hiperplasia lapisan dalaman rahim, penyakit keturunan seperti kanser usus juga meningkat risiko kanser rahim.Anda juga berisiko sekiranya mempunyai haid tidak teratur dan kerap kali tidak datang haid.

Tanda-tanda amaran kanser rahim termasuklah pendarahan selepas menopaus, discaj atau lelehan di antara tempoh haid dan haid yang berpanjangan dengan kehadiran darah yang banyak.

Biasanya doktor tidak menjalankan saringan untuk kanser rahim, tetapi sekiranya disyaki, anda mungkin dikehendaki menjalani ujian-ujian seperti:

“Biopsi endometrial – pensampelan tisu dari dalaman rahim untuk kajian.

“Pemeriksaan ultrasound – terutamanya ultrasound melalui faraj, mengukur ketebalan dinding endometrium.

“Penkuretan dan dilatasi – pangkal rahim di buka, dan dalam rahim disedut ataupun dicalit untuk kajian lanjutan.

“Histeroskopi – penggunaan peralatan optik untuk melihat secara langsung dengan pembesaran imej dan persekitaran di dalam rahim.

Kanser pangkal rahim (serviks)

Ujian saringan PAP dapat mengesan keabnormalan pangkal rahim pada peringkat awal. Ujian lanjutan seperti kolposkopi mungkin dijalankan untuk kepastian. Contoh tisu pangkal rahim diambil untuk kepastian jika ianya kanser rahim.

Puan berisiko tinggi untuk kanser pangkal rahim sekiranya mempunyai infeksi virus HIV (Human Immunodeficeincy Virus), virus HPV (Human Papilloma Virus), sistem imuniti badan yang lemah atau terdedah pada ubat diethylstilbesterol (DES) semasa anda di dalam kandungan (ubat ini tidak lagi digunakan sekarang).

Peringkat awal kanser ini lazimnya tidak menunjukkan sebarang petanda tetapi sekiranya mengalami mengalami masalah berikut, segeralah berjumpa dengan doktor.

“Discaj atau lelehan abnormal melalui faraj

“Pendarahan abnormal melalui faraj

“Pendarahan selepas hubungan kelamin

Sekarang terdapat imunisasi terhadap kanser pangkal rahim yang disebabkan oleh HPV dan ianya dinasihatkan diberikan pada anak-anak perempuan yang berumur antara sembilan hingga 26 tahun. Vaksin ini diberikan dalam tiga dos.

Walaupun divaksinasi, ujian saringan PAP masih perlu dilakukan kerana terdapat beberapa jenis lagi virus HPV yang tidak dapat dilindungi melalui vaksinasi.

Kanser faraj dan vulva

Kebanyakan kanser jenis ini berlaku pada mereka berusia melebihi 60 tahun. Sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut di sekitar alat kelamin, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor dengan segera.

“Kudis, pembengkakan yang tidak hilang-hilang

“Kegatalan

“Pendarahan yang abnormal

“Perubahan pada kulit-kulit di sekitar, seperti perubahan pada tahi lalat

Perokok dan mereka yang dijangkiti virus HPV berisiko tinggi. Biopsi tisu pada luka-luka yang timbul mungkin perlu diambil untuk ujian saringan lanjutan.

Secara umumnya, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko kanser terhadap diri anda seperti:

- Tidak merokok atau berhenti merokok

- Kurangkan pengambilan makanan dengan lemak tepu atau lemak trans

- Banyakkan makanan berserat tinggi

- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari

- Sekiranya anda berkulit cerah atau kurang pigmen kulit, hadkan pendedahan pada cahaya matahari

- Tumpuan dan perhatian pada sebarang perubahan pada badan anda

- Jangan amalkan tatacara serta gaya hidup seksual secara bebas

- Amalkan ujian tertentu yang patut dilakukan pada umur serta julat tahun tertentu

- Kurangkan pengambilan minuman beralkohol.

Tuesday, March 10, 2009

FibroiD


APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG FIBROID?

Apa Itu Fibroid?


Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.

Kebanyakkan simtom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean



Bagaimana Wanita Boleh Menghidapinya?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.

Apakah Simtom Yang Dihadapi Wanita?

Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran , pesakit akan mengalami:

Sakit semasa haid (senggugut)
Sakit belakang
Haid yang banyak
Sembelit
Kencing kerap
Keguguran yang kerap
Sukar mengandung
Bagaimana Fibroid Dapat Dikesan?
Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.

Bagaimana Fibroid Ini Dirawat?

Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada:

Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
Berapa cepat fibroid tersebut membesar
Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
Keinginana anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.

Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.

Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.

Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.

Macamana Untuk Menghindar Dari Mendapat Penyakit Fibroid Ini?

Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.

Monday, February 2, 2009

Perbandingan antara FC Bio Sanitary Pad dan Tuala Wanita Biasa

Perbandingan


Tuala Wanita Biasa

FC Bio Sanitary Pad

Teknologi


Biasa

Bio Teknologi

Kandungan

Tiada formulasi khas

Formulasi khas herba semulajadi

Keberkesanan

Tiada

Membantu mengurangkan masalah sakit puan

Rasa


Panas setelah lama dipakai

Rasa kering dan selesa

Nilai PH


Berasid

Neutral

Kuasa Menghilangkan Bau


Tiada

Ada

Jaminan Produk

Tiada

Produk telah diinsurankan sebanyak RM3 juta

Friday, January 30, 2009

FC Bio Sanitary Pad


Heavy Flow/Night use = RM12 (10 keping)



Normal Flow/Day use = RM11 (10 keping)



Pantiliner = RM10 (20 keping)


Struktur FC Bio Sanitary Pad:



Menurut soal-selidik yang dijalankan, 73% wanita mengalami masalah kegatalan, kepanasan dan kesakitan ketika haid. Ini adalah akibat pemakaian tuala wanita yang tidak telus udara. Maka, memilih tuala wanita yang sesuai adalah amat penting bagi mengelakkan masalah-masalah tersebut. FC Bio Sanitary Pad terbentuk daripada 3 lapisan. Lapisan permukaan diperbuat daripada 100% kapas, lapisan tengah mengandungi S.A.P yang memberi kuasa serapan tinggi dan lapisan bawah yang telus udara.

FC Bio Sanitary Pad merupakan produk yang dipaten yang sangat unik. Ia mengandungi ramuan herba asli yang istimewa, membantu para wanita bebas daripada masalah-masalah sakit puan yang merunsingkan. FC Bio Sanitary Pad berkesan dalam membantu menghilangkan senggugut, menyelesaikan masalah kitaran haid tidak teratur, menghilangkan masalah berbau, membasmi kuman, mencegah jangkitan, menghilangkan kepanasan, mengecutkan rahim dan juga meningkatkan sistem pertahanan badan. Segala bahan mentah, proses dan produk dijamin mencapai tahap piawai kebersihan dan sentiasa dipantau oleh Kementerian Kesihatan.

Antara herba yang terkandung dalam FC Bio Sanitary Pad:

Mai Fang Stone (Talcum) - menghilangkan bau, mencegah jangkitan


Peppermint (Menthae Herb) - rasa selesa, mencegah kegatalan,mengurangkan
rasa tidak selesa


Ming Fang (Alumen) - menyingkirkan toksik, membuang angin perut,
menghentikan darah, mencegah kesakitan


Bing Pian (Borneol) - menghilangkan bekuan darah, mencegah kesakitan


Kuai Mu You (Agrilariae Lignum) - mencegah jangkitan, melegakan kesakitan
pinggang

Sekiranya anda berminat untuk menempah produk ini bolehla menghubungi saya:

Farah = 012-2394061/013-4164169



Thursday, January 29, 2009

Shhh...tuala wanita ancam kesihatan dalam diam

TUALA WANITA: Ancaman Kesihatan Dalam Diam

AncaMaN TokSiN

Kanser Menyerang Wanita!!!

Tahukah ANDA!!!

Kanser Payu Dara merupakan Pembunuh Wanita Pertama! Kanser Payu Dara biasanya menyerang wanita yang berumur 40-50 tahun, terutamanya wanita berumur lingkungan tempoh menopos.

  • 1 drp 14 org bangsa Cina berisiko menghadapi Kanser Payu Dara!
  • 1 drp 16 org bangsa India berisiko menghadapi Kanser Payu Dara!
  • 1 drp 24 org bangsa Melayu berisiko menghidap Kanser Payu Dara!

Kanser Payu Dara tidak semestinya diakibatkan keturunan. 85% penghidap Kanser Payu Dara tidak mempunyai rekod Kanser Payu Dara di kalangan ahli keluarganya. Lebih kurang 70-80% kes Kanser Payu Dara dikesan hanya pada peringkat ke-3 atau ke-4 (peringkat akhir). Kanser Serviks (pangkal rahim) merupakan Kanser Kedua Biasa bg wanita. Ia juga Pembunuh Kedua bg wanita di Malaysia. 99% Kanser Serviks disebabkan oleh Human Papilloma Virus (HPV). Wanita yg berumur 40-50 tahun berisiko tinggi diserang Kanser Serviks. Kanser Serviks pada peringkat awal tidak akan memberi sebarang tanda atau kesakitan. Jika wanita mula mendapat jangkitan faraj pada usia 20 tahun, dia akan menghabiskan masa mendapat rawatan sebanyak 6 tahun dalam hidupnya. Apabila ia menjadi teruk, salah satu atau lebih tanda berikut akan tertunjuk:

· Berdarah (bukan ketika haid)

· Discharge (keputihan) menjadi lebih banyak

· Sakit bahagian pinggang/pinggul

· Sakit ketika seks

UnTuK WaniTa2 di LuaR saNer..

Adakah anda semua taw mcm mne cara2 tuala wanita diproseskan??Kalo kowang sume nak taw..bace bawah ni..

Tuala wanita diperbuat drp serbuk kayu pulpa yg dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dgn bahan peluntur b'klorin yg mghasilkn bhn kimia iaitu Dioksin.Apabila telah lembut, lapisan inilah yg dijadikan tuala wanita pakai-buang yg telah digunakan oleh wanita di seluruh dunia pd tahun 1970.

Beberapa hasil ujian yang dilakukan di negara barat membuktikan terdapat bahan toksik dalam tuala wanita biasa. Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga pernah mendedahkan bahaya tuala wanita yang biasa kepada kaum wanita. Selain dari takungan darah yang menjadi punca pembiakan bakteria, kandungan dalam tuala wanita tersebut sendiri mendedahkan wanita kepada risiko penyakit yang digeruni tanpa disedari.

Bagaimane Dioksin bole meresap ke dlm rahim???

Darah haid yg mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bkn kapas. Jika permukaan tuala wanita tersebut berlubang, maka gas toksik yg dibebaskan akan trus berhubung dgn kulit dan akhirnya menyebabkn jangkitan. Jika permukaan tuala wanita bertukar menggunakan kain kapas semulajadi, ia akan menyerap segala gas bertoksik. Ia akan mengelakkan drp masalah jangkitan, alahan, gatal atau ruam.

Darah haid mengalir dari uterus dan diserap oleh tuala wanita. Sejenis gas bertoksik yg dinamakan dioksin akn terbebas melalui proses pemeluapan. Dioksin akn diserap ke dlm rahim melalui saluran uterus dan akhirnya sampai di ovari melalui tiub filopian.

So, ape yg patut kite wat skrang ni???

Secara jujurnye..sy cadangkan supaya anda sume gunalah pad yg diperbuat drp kapas seratus peratus..sy da jumpe jwpn nye...sekarang sy gune pad tu..name die FC Bio Sanitary Pad..pad ni diperbuat drp kapas dan herba...pad ni mmg bagus...1st time sy gune..sy da kagum giler...anda sume nk taw sbb per..sbbnya 1st time sy period tp xbocor pon...n 1st time sy xsenggugut sperti slalu...kalo x, 1st day period sy confirm bergolek2 atas katil(sakit perut nyer psal)...tp kali ni sy bole katakn TIDAK KEPADA SENGGUGUT...pad ni jgak bole membantu mengurangkan msalah sakit puan...dan lagi satu sy nk nasihatkan supaya anda sume xpayah pkai pad biase yg anda sume pkai tu...coz bnda tu bley memudaratkan diri kite 1 hr nanti...xpercaye??kalo xpercaye, anda bley try amik pad yg anda slalu gune(yg slalu gune tp yg blum gune lg)...then,try koyakkan dan tngok kat dalam die...anda bole rse sndiri la tu kapas@x...jwpannya sama sekali bkn kapas...anda try pegang bnda tu n then compare ngan kapas muka...anda sume akn dpt jwapannya...sy juz nk share bnda ni coz sy concern ngan kaum2 wanita di luar sane...kalo anda sume still xpercaye lg...tryla search..UTUSAN PENGGUNA Julai 2002...tajuk die TUALA WANITA Ancaman kesihatan dalam diam...anda sume bacela...kalo anda sume nk taw lebih lanjut ttg FC Bio Sanitary Pad..anda bole hubungi sy kat 0122394061/0134164169...mmg xrugi anda sume try pad ni...mcm2 faedah anda sume akan dapat...

RaHsiA Tahi LaLaT???

Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-citanya
Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
Ubun-ubun - kurang jujur
Pusar - cerdas,tangkas dan tekun
Di Kening kanan - cergas dan cekap
Di kening kiri - cergas dan sopan santun
Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri
Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati
Di alis kanan - baik hati, suka menolong
Di alis kiri - ramai yang suka
Di pipi kanan - ramai teman
Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan
Pada hidung - banyak rezeki
Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai
Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur
Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah - tercapai apa yang dicita
Di bahu kanan - cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab
Di dada kanan - dapat mengatasi masalah
Di dada kiri - berani, jujur dan sabar
Tetek kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia
Tetek kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri
Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia
Di punggung kiri - lambat, kurang agresif
Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami
Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami
Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan
Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja
Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan
Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
Ketiak kanan - menyimpan rahsia
Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja
Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)
Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua
Betis kanan - suka berpoya, boros
Betis kiri - tidak suka menganggur
Tumit kanan - jujur, banyak kawan
Tumit kiri - baik budi
Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
Lutut kiri - kurang berusaha

PenTinGNya SoLaT...

Solat boleh dilakukan oleh semua orang. Amalan bersolat boleh memberikan kita manfaat senaman minda dan senaman jasmani selain daripada memberikan kita yang tenang. Pergerakan solat yang di lakukan berulangkali setiap hari mampu memberikan kesihatan kepada tubuh dan menghindar segala penyakit jasmani seperti
lemah jantung ,darah tinggi, sakit sendi, sakit tulang, sakit mata dan berbagai lagi penyakit fizikal yang lain.

Berikut adalah di antara manfaat bersolat mengikut pergerakan solat tersebut.

Posisi pertama
Berdiri lurus dan kedua dua tangan di angkat ke atas.
Faedah:
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan dikonsentrasikan.Pandangan mata ke tempat sujud.Otot ­otot atas dan bawah bahagian belakang terasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

Posisi kedua
Berdiri betul serta membaca al-fatihah dan surah
Faedah:
Menimbulkan konsentrasi minda.Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semua bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari sebutan 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh
badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang, a, i,u, merangsangkan hati, kelenjar gondo (thyroid), kelenjar ‘pineal’,‘pitunitary’, kelenjar adrenal, dan paru-paru membersih dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tubuh tersebut.

Posisi ketiga
Rukuk

Faedah:
Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

Posisi keempat
Iktidal - Berdiri lurus selepas rukuk
Faedah
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya rukuk kembah ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa sisa tubuh. Badan mendapat balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.

Posisi kelima
Sujud
Faedah:
Lutut berbentuk sudut tepat. Membangunkan otot perut dan mengelakkan perut jadi buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala(termasuk mata, telinga dan hidung) dan paru-paru.’Mental toxin’ minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita yang hamil.Memperbetulkan kedudukan alat peranakan wanita. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan sendi sendi. Menghapuskan egoisme dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam ruh dan menimbul­kan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.

Posisi keenam
Duduk di antara dua sujud
Faedah:
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki dan sebahagian badan terletak diatasnya. Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberi­kan
kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan -kandungan dalam perut ke bawah.

Posisi ketujuh
Sujud kedua
Faedah:
Membersihkan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberi keringanan pada badan dan kebahagiaan emosi. Pengoksidanan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

Posisi kelapan
Bangun semula dari sujud.
Faedah:
Darah kembali peredarannya ke tubuh atas. Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh badan memberi­kan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.

Pendapat doktor perubatan Doktor perubatan telah menerangkan manfaat posisi bersolat sebagai berikut :
1.Sujud fizikal menambah kekuatan aliran darah ke otak dan menggelakkan penyakit pening kepala, migraine dan menajamkan akal. Juga melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
2.Memudahkan wanita di dalam proses bersalin kelak
3.Merangsang payudara untuk menghasilkan susu untuk bayi
4.Mengurangkan kegemukan (obesity)
5.Melegakan paru-paru dan ketegangan saraf
6.Menggelakkan pendarahan otak
7.Melegakan sakit hernia
8.Membetulkan kedudukan buah pinggang
9.Melegakan sakit senggugut wanita dan berbagai lagi manfaat kesihatan lain

TiPs Maw KuRoSSS!!!

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?

Rupa2nya tanpa kita sedari, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasulullah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2.. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? InsyaAllah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini...Gerenti kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa....................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie....
Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu... di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...


Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang- kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam