Thursday, January 29, 2009

PenTinGNya SoLaT...

Solat boleh dilakukan oleh semua orang. Amalan bersolat boleh memberikan kita manfaat senaman minda dan senaman jasmani selain daripada memberikan kita yang tenang. Pergerakan solat yang di lakukan berulangkali setiap hari mampu memberikan kesihatan kepada tubuh dan menghindar segala penyakit jasmani seperti
lemah jantung ,darah tinggi, sakit sendi, sakit tulang, sakit mata dan berbagai lagi penyakit fizikal yang lain.

Berikut adalah di antara manfaat bersolat mengikut pergerakan solat tersebut.

Posisi pertama
Berdiri lurus dan kedua dua tangan di angkat ke atas.
Faedah:
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan dikonsentrasikan.Pandangan mata ke tempat sujud.Otot ­otot atas dan bawah bahagian belakang terasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

Posisi kedua
Berdiri betul serta membaca al-fatihah dan surah
Faedah:
Menimbulkan konsentrasi minda.Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semua bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari sebutan 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh
badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang, a, i,u, merangsangkan hati, kelenjar gondo (thyroid), kelenjar ‘pineal’,‘pitunitary’, kelenjar adrenal, dan paru-paru membersih dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tubuh tersebut.

Posisi ketiga
Rukuk

Faedah:
Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

Posisi keempat
Iktidal - Berdiri lurus selepas rukuk
Faedah
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya rukuk kembah ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa sisa tubuh. Badan mendapat balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.

Posisi kelima
Sujud
Faedah:
Lutut berbentuk sudut tepat. Membangunkan otot perut dan mengelakkan perut jadi buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala(termasuk mata, telinga dan hidung) dan paru-paru.’Mental toxin’ minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita yang hamil.Memperbetulkan kedudukan alat peranakan wanita. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan sendi sendi. Menghapuskan egoisme dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam ruh dan menimbul­kan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.

Posisi keenam
Duduk di antara dua sujud
Faedah:
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki dan sebahagian badan terletak diatasnya. Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberi­kan
kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan -kandungan dalam perut ke bawah.

Posisi ketujuh
Sujud kedua
Faedah:
Membersihkan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberi keringanan pada badan dan kebahagiaan emosi. Pengoksidanan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

Posisi kelapan
Bangun semula dari sujud.
Faedah:
Darah kembali peredarannya ke tubuh atas. Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh badan memberi­kan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.

Pendapat doktor perubatan Doktor perubatan telah menerangkan manfaat posisi bersolat sebagai berikut :
1.Sujud fizikal menambah kekuatan aliran darah ke otak dan menggelakkan penyakit pening kepala, migraine dan menajamkan akal. Juga melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
2.Memudahkan wanita di dalam proses bersalin kelak
3.Merangsang payudara untuk menghasilkan susu untuk bayi
4.Mengurangkan kegemukan (obesity)
5.Melegakan paru-paru dan ketegangan saraf
6.Menggelakkan pendarahan otak
7.Melegakan sakit hernia
8.Membetulkan kedudukan buah pinggang
9.Melegakan sakit senggugut wanita dan berbagai lagi manfaat kesihatan lain

No comments:

Post a Comment